
1. Pengenalan
Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisanLukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan.
Proses melakukan garisan, melorek ton dan juga menggosok juga dipanggil lukisan.
Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan keatas sesuatu hasil kerja di namakan lukisan bergantung kepada penggunaan gaya yang ekspesif dan nyata.
2. Teknik-teknik lukisan
Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur.
Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran.
3. Proses melukis
Pilih objek yang hendak dilukis.
Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya.
Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan.
Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut.
Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.

Di zaman moden ini buku mengenai apa juga ilmu serta buku-buku cerita boleh didapati di mana-mana sahaja.Harga buku amatlah murah berbanding dengan ilmu yang terkandung di dalamnya. Kedai-kedai buku membekal ribuan buku dengan berbagai tajuk, sehingga dengan perbelanjaan sedikit sahaja kita dapat mendalami seribu satu bidang ilmu yang boleh memperkayakan akal fikiran kita. Hanya yang diperlukan ialah minat membaca oleh kita.Tetapi kita tidak harus lupa bahawa di zaman dahulu buku tidak begitu mudah didapati. Ia dianggap sebagai alat pengetahuan yang ajaib dan terhad kepada orang-orang tertentu sahaja. Kulit-kulit buku dahulu disalut dengan logam dan mempunyai kunci supaya hanya orang-orang yang tertentu sahaja boleh membuka buku dan membaca isi kandungannya. Ini adalah kerana isi kandungan buku memberi pengetahuan yang ditegah bagi orang biasa. Sebabnya ialah kerana pengetahuan yang mungkin didapati dipercayai boleh memberi kuasa istimewa kepada pemiliknya...
No comments:
Post a Comment